Blog Widget by LinkWithin

celcom blackberry torch



celcom blackberry torch
bila la nak dapat nih

wahai celcom, aku dah jadi pelanggan setia kau dekat 15 tahun dah ni
kasik la satu blackberry torch kat aku ni
 

digi blackberry torch RM999! today only!



apa lagi wey
terjah la digi
ada promotion digi blackberry torcy RM999 je!
original price RM2k++

yang tak bestnye hari ni je!

adesss
 

balik kampung...hohohoi...balik kampung



sawah semua dah kena tuai
tapi ada jugak sawah yang still tak di tuai lagi

sekarang ni memang tak ada la budak2 muda mudi remaja yang turun sawah ni
kalau tengok memang yang mengerjakan sawah ni orang tua2 je

tenang je lari dari traffic jam
lari dari shopping mall
lari dari bingit kereta, motor

kena pulak kalau time cuaca redup..time sayup2 nak hujan tu
pehhh lagi la... dah terbayang buat video clip
 

nuffnang earning

hari ni saje la bukak nuffnang (saje2 konon walhal mmg nak tengok pun)
nak tengok nuffnang earning sebenarnya
fuhhhh....naik bebbbbb (macam naik juta2)

ko nak tau naik berapa? 30 sen...adessss
aku rasa dah buat yang paling hebat dah ni
bersengkang mata bagai blogwalking baca sini sinun konon nak ajak diorang pun jengah blog aku lak (ye la tuuu)

macammana wey korang ada yang sampai sebulan dapat 2/3 ribu...fuuuu
nak jugak dapat camtu

nuffnang earning korang camne hari ni? dah cek???

:P

30 sen jer....adehhh....
 

lunch time



makan roti hot dog ni je
mula2 ingat nak cari nasik
tapi tadi keluar dah lewat pulak
lauk tak berapa nak ada
nak tunggu goreng makan masa lakkk

last2 pegi kat giant
masuk2 je dekat entrance ada offer giant roti hot dog ni 99sen je
amik la satu

pastu beli roti jap
pegi la bayar

skali aku nampak cashier tu punch roti hot dog ni harga dia 0.59sen je
tau tadi amik 2.....

hihih

jemput makan

--------------------------------------

update:
kawan aku bagitau last week dia pegi beli ayam goreng kat giant lagi pulak 9sen jer
woooo...unbeliveable
 

airbus a380 explodea



airbus a380 explode near singapore
thank that no one injured or bad things happen for its passenger and crew
if not it will be disaster...very big disaster
 

umobile 42mb!



phew
gile babas laju
tapi betul ke ni? is it for real????
umobile 42mb speed? are u sure?

we'll wait and see
tah berapa harga dia

kalau baca info yang aku dapat ni
service umobile 42mb ni available dekat berjaya times square

for more info logon to umobile website or just google it!
just type umobile 42mb
 

fb bejeweled blitz



tengah dok ralit main layan game ni dekat fb
bukan apa tak leh tengok member markah tinggi
nak potong sama dia

masuk2 je tanya siapa high score hari ni?

adusssss

nak tinggalkan tak leh nak tinggal lak
dah addicted

tolong, macammana aku nak lupakan game ni?
 

proton inspira vs lancer



agak2 la
apa perasaan diorang ni yekkkkkk

tah jadi realiti ke tak ni
aku pun tak tau

ni aku dapat gambar ni dekat email
tekejut jugak
tapi tak mustahil jadik kan?

mungkin teksi kita kena ada warna identiti sendiri
aku suka kalau kita dapat balik teksi yang kaler hitam kuning macam dulu2
warna tu betul2 unik

kalau nampak je warna tu tau dah tu teksi... kan

aku ingat ni ada la dalam 4 tahun dah aku tak naik teksi

 

tweetdeck


just installed this tweetdeck application for twitter
for some certain reason I can't access twitter website since last 2 weeks because it says that the site is fully utilize

so, looking for another alternative to keep on following the twitter status
I have installed this before but it disappear after I format this PC
and now come back to this tweetdeck

if you have similar problem like me which is you can't access the twitter via its website
you may download and installed this tweetdeck in your PC

enjoy...!


 

bonussss$$ss

syok la geng2 gomen
dapat bonus
aku ni tah bila nak di gomen kan

nak jugak merasa dapat pencen
nak jugak merasa dapat bonus
nak jugak merasa pegi BTN (iye la tu, acah mak enon je)

hmmmm
sekarang ni tengah berjuang untuk final exam
last paper 10hb ni
ada masa lagi utk menghafal, memahamkan, mengingat

kalau la......

masalah betul bila rupanya banyak benda yang lecturer tak ajar
last minute dump semua nota2 yang kene baca
yang bestnya kemungkinan semua tu akan kuar final

zaS!!! salah siapa????

macammana la nak maju macam ni
nada lecturer pun cam berserah jerrrr
harapkan studentnya buat yang terbaik

macammana nak buat yang terbaik kalau tak ajar

baca memang boleh baca
tapi istilah2 yang tak pernah aku dengar
macammana aku nak pahamkan?? apatah lagi nak menghapalkan
aduuuu

kalau la boleh bluetooth segala bagai nota2 ni kan senang!
 

celcom blackberry torch 9800

OMG!!!!!! celcom blackberry torch!!!!! its real, its live!!!!!! its Malaysia!!!!
be among the pioneer or the first to own this blackberry torch, yeahhhhhhh

Celcom will be launching the Blackberry Torch 9800 on 29 October 2010, and there’ll be amazing deals for you when you sign up with Celcom, ONLY available at the event. Remember to keep checking on the Celcom website to find out what the offers are! There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the day. There’s more: If you’re one of the 1st 100 customers to pre-register & purchase the new BlackBerry Torch 9800 with the Celcom Exec Postpaid plan, you get to enjoy the early bird promotion where they’ll throw in the following for FREE:
- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58
 

volkswagen polo


hmmmm....target for my next car
what year don't know... towards it...
volkswagen polo gti

hmmmmmm
agak2 kalau dengan earning nuffnang boleh dapat tak? ekekekekeke
oh idamanku... vw polo!!
 

hdmi cable

apa makna hdmi cable ni?
dah lama teman nak cari hdmi ni tapi tak berkesempatan
nak ke KL pun sekarang dah jarang-jarang sangat
banyak habis masa dekat area shah alam dengan subang je sekarang ni
kalau pergi masuk KL tu kemaruk jugak la kejap
padahal dulu hari2 dok lepak dekat KLCC dengan lowyat nun
tapi sekarang tinggal kenangan je la

so sebenarnya dapat hdmi cable ni secara tak sengaja pun
jalan2 dekat satu tempat kat subang ni sekali rupanya ada kedai baru bukak
teman ni kalau kedai baru bukak memang suka ushar
nak tengok la apa barang yang menarik dalam kedai tu
boleh tahan jugak la barang2 dalam kedai tu
dia ada jual barang yang kedai lain tak jual kat situ
memang bagus la strategi dia

pusing punya pusing sekali terjumpa la hdmi cable ni
terus sambar ini hdmi cable
tak sabar nak bawak balik test dekat rumah

cucuk dekat tv, cucuk laptop
main...walla!
gambar dia memang puashati la
padan la orang duk sibuk hdmi hdmi ni
layan movie memang best la gambar dia
kualiti dia, color dia, memang puashati compare dengan monitor cable biasa kalau cucuk dekat laptop ni

sangat puashati
cuma yang kureng sket dia cuma dapat keluarkan kualiti gambar yang puashati tapi still audio dia main kat laptop
dia tak bawak audio pakai hdmi cable ni
bila tanya dengan member2 ada yang kata kena pakai cable audio kecik dari laptop ke tv tu
baru bunyi keluar dekat tv
satu hal pulak nak cari cable tu pulak dah

next mission la nampaknyaaa
sekarang ni teman masih boleh survive dengan audio dari laptop ni
pakai headphone koss tu memang dah puashati bunyi dia
macam home theater dah
cuma maybe lepas ni target wireless headphone la kot
koss headphone....

sapa2 yg ada facilities hdmi tu toksah la tunggu2 lagi
balun je guna hdmi tu
memang puashati
something different than normal viewing... chewahhh

sapa nak kirim cable ni boleh jugak sebab harga dia murah jugak
kalau nak tanya boleh la email kat teman.. tteman@gmail.com
setakat tolong belikan boleh la kot..
 

kepak ayam sedap

fuh!!!! terbaik la ini kepak ayam
beli dekat makcik pasar malam jalan besar menghala ke putra perdana
biasanya mmg rajin beli dengan makcik ni
makcik ni sebelum ni teman tak nampak pulak dia jual kepak ayam sedap ni
sebelum ni selalunya dia jual pedal goreng, hati goreng, rangka ayam goreng, buntut goreng(ni aku tak makan...tak reti sehh)

saja la try beli kepak ayam ni
sekali ngap... hallamakkkkk!!! sedap sehhhh!!
nyesal lak beli 1 cucuk je
sbb nama pun try je sebenarnya
sekali sedap la pulakk
rasa dia manis2, ada masin2, pastu ada pedas2 lite jer
aduuu

kepak ayam sedap!!!

(makcik tu takde kene mengene ngan aku) ehehehe
 

google flinstone?

kagum lak aku tengok google flinstone ni
teringat kenangan zaman tengok kartun flinstone ni masa dulu2
huhu, dulu2

budak2 skarang ni reti tak flinstone ni
agak2 korang try la masuk google.com ada keluar tak ni kat page korang?

aku ingat lagi hari tu google letak game pacman as logo masa dekat page search
rajin jugak la aku masuk sebab nak main game tu
tapi yang tak bestnye kadang2 tengah sedap layan internet intermittent

layannnn
 

burger king!!


bila nak terjah ni...burger king menu baru dia
adehh!
 

MASholidays Sabah Promotion!!!!



MASholidays is offering from RM541 for 3D/2N to:

- Kota Kinabalu
- Sandakan
- Tawau
- Labuan

Inclusive of return flight per person, transfer and accommodation.

Booking period until 28th September 2010
Travel period from 1st August till 7th October 2010

Terms and conditions apply.

Call 03-7863 4000 or 03-7864 4040 to book.


Website:
http://holiday.malaysiaairlines.com
 

iklan digi


digi the best
all the best for digi

going to get my digi prepaid broadband soon
my celcom broadband is outstation to alor setar now

digi, oh digi
i luv u digi!
 

our oil price

our price compare to producing oil country, huhu

Eygpt-RM1.03/litre
Bahrain-RM0.87/litre
Qatar-RM0.68/litre
Kuwait-RM0.67/litre
Saudi Arabia-RM0.38/litre
Iran-RM0.35/litre
Nigeria-RM0.32/litre
Turkmenistan-RM0.25/litre
Venezuela-RM0.16/litre
MALAYSIA-RM2.70/litre
 

crocs 50% sale!


its time for you to enjoy the real crocs footwear
lets hung up to their sale starting today until 28 july at ampang point

go now!!
 

strepsils! penyelamat sakit tekak anda!


jika anda sakit tekak ambil strepsil
jika anda sakit tekak ambil strepsil!
jika anda sakit tekak, begini la caranya, jika anda sakit tekak ambil strepsil!

yehha! lega sket hari ni lepas hisap strepsil ni
 

the clock stops ticking now


this clock stops ticking yesterday nigh, just realize this at 11pm when wanna go back
its chances for new watch! hihih

rasa pelik pulak hari ni tak pakai jam
sangat la pelik
rasa cam bogel pun ada

haha!

oh jammmm
 

peace


nampak tenang
tapi hakikatnya tengah selsema
tengah sakit tekak
adehhh

nak makan ubat takut ngantuk lak
cannot afford to be sleepy at this time

eNd
 

subway summit usj




having this Italian BMT yesterday as my lunch at 3pm, huhu
late lunch perhaps, didn't take my actual lunch at 12pm

anyway, its great with extra onion and extra mayonnaise
its goooooooood!

healthy fast food? don't u think?
 

should i change my template??

been using this blue/black template for 2 years now
and notice that blogger has come out with new templates design

should i change my template with this new design from blogger?
what should i backup??

what do u think??

please drop a comment or vote at the poll on your right view ok

 

hotlink prepaid values RM10 for RM5 only! hurry!!

hurry before it finished!
mydeal.com.my

 

digi prepaid broadband

well well well
u heard me right
digi prepaid broadband for RM2 per day
hmmmm
get or not to get
i know that you can get the starter pack at RM25 at most of DiGi centres and phone shops at digital malls

what do you think? the coverage vs performance?






for more clearer picture and more information just go to DiGi websites
www.digi.com.my
 

tips nak hilangkan ngantuk

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makansekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk.Lecturer baru start mengajar kat depan,dia dah menguap. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya sy pun beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia,memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi.Betul atau tidak anda kena cuba sendiri..hehe

2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajinbawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.

cukuplah 4 TIPS. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba

aku pun tengah mengantuk ni nak tunggu meeting pukul 3
adehhhh dari pagi sampai petang meeting saja hari ni

ngantuk sehhh...ada sapa boleh tolong urut??
 

mydeal.com.my part 2

Today voucher is sold out!



Just view what are the past voucher, worth it?? what do u think?
 

mydeal.com.my

Come across to this new website after it appeared in my nuffnang advertising
Never heard of this website before

As a daily internet user, good to explore for new things, sometime we have to so that when other people talking about this new website u know what are they talking about

So, just go to mydeal.com.my and click it on

What does it do?




What attrack me is "Half the price" who doesn't like item for half of its original price? everybody does!

Enjoice!!
 

Muntahlah atas tangan Amid

"Muntahlah atas tangan Amid."
17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana , tetapi dia menolak.

Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid
kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur .

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata
untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur . Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur. Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata. Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana ...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.

Ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari wajahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.

Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.

Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.
 

How to: View unread emails in gmail

Have u come to a problem where u could find what are the other unread mails in your gmail??
It happens to me, its just 1 unread email and i couldn't find where is the unread email until i discover this,
this is how u want to view unread emails in your gmail account

1. Login to your gmail account as usual, username and password
2. On the top of your email view you can see a search box, where you can type in to search your email one the right side
3. This is where the magic is, in the search box, type this word -----> label:unread
and then just click search button
4. Walla! your unread email appear

Now I know how :P
Sharing is caring
 

pizza hut salad

do u dare to do like this in order to have cost saving pizza hut salad? hihi..do u think this is possible?