Blog Widget by LinkWithin

exora laku: 6,800 unit ditempah

kira banyak jugak tu
ramai juge peminat exora ni yer
ade ke pembaca blog teman ni tempah exora ek?

PROTON Holdings Bhd menerima 6,800 unit tempahan model Exora sejak jualan kenderaan MPV itu dibuka Februari lalu.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jumlah itu amat menggalakkan dan ia menggambarkan keyakinan pengguna kepada kenderaan MPV dan Proton.

“Ternyata pengguna mencari kenderaan lebih selamat, besar dan selesa,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Syed Zainal berkata, penghantaran Exora kepada pelanggan bermula sejak hari pelancarannya.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana tempahan semakin meningkat, tempoh menunggu dijangkakan antara dua hingga bulan bergantung kepada jenis model dan warna.

“Bagi memenuhi permintaan yang menggalakkan ini, kami melakukan sedaya upaya di kilang bagi memastikan penghantaran secepat mungkin tanpa mengabaikan kualiti,” katanya.

MPV tujuh tempat duduk itu dijana enjin Campro CPS dan didatangkan dengan dua beg udara selain dilengkapi sistem brek ABS dan EBD yang menjadi alat keselamatan penting.

Buat masa ini, Exora hanya boleh didapati dalam transmisi automatik yang didatangkan dalam dua varian iaitu jenis mewah dan pertengahan.

Ia didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu Genetic Silver (perak), Tranquility Black (hitam), Haze Blue (biru), Solid White (putih), Gaia Blue (biru) dan Pryite Brown (coklat).

Dua lagi yang juga adalah warna baru bagi kereta Proton akan diperkenalkan kelak.


2 minggu lepas teman nampak datuk syed ni bawak exora lepas solat jumaat dekat USJ19
tapi version exora yang dia bawak lain sikit, exora PRIME
dah macam OPTIMUS PRIME lak teman rasa

banyak² keta malaysia ni, apsal takde satu pun kete yang ada sunroof? apsal eh?
 

0 comments so far.

comment here