Blog Widget by LinkWithin

kaki cd sure like this offer

maunye tak, cd original universal music jual dengan harga RM9.90
biasanya harga cd ni kan mahal sampai RM40

apa lagi, terjah la

ni teman ambik sikit pengumuman kempen cd, last sampai 31 october. ada besday sapa-sapa ke? hehe

BAGI penggemar muzik tawaran cakera padat (CD) bermula dengan harga serendah RM9.90 seunit sudah pasti tidak mahu dilepaskan dan cukup menarik. Justeru langkah syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (Universal) mengadakan kempen Saya cinta muzik...namun kenapa perlu bayar lebih? tepat pada masanya.

Kempen terbesar pada 2008 oleh Universal itu, sebagai pendorong peminat muzik mendapatkan album artis tempatan dan antarabangsa kegemaran mereka. Kempen yang akan berakhir pada 31 Oktober ini membabitkan beberapa artis terkemuka antarabangsa seperti Mariah Carey, Maroon 5, Timbaland, Rihanna, The Pussycat Dolls, Gwen Stefani dan Nelly Furtado.

Di samping album lagu kompilasi terbaik antarabangsa dan tempatan. Kempen berkenaan turut membabitkan penyanyi Asia seperti, Jacky Cheung, Sam Hui tidak terkecuali artis tempatan seperti Anuar Zain dan Search menerusi album Lagenda Rock.

Malah kempen membeli CD pada harga rendah itu turut menawarkan peluang menang hadiah bernilai RM20,000 apabila menyertai kuiz yang disediakan pihak Universal. Peserta layak menyertai kuiz membabitkan teka gambar artis rakaman yang ada dalam poster disediakan itu selepas berbelanja RM50 ke atas.

Peserta paling tepat tekaannya bakal membawa pulang pilihan hadiah utama seperti baucer petrol, baucer Jusco atau wang tunai yang setiap daripadanya bernilai RM5,000. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah RM3,000 bagi baucer petrol, Jusco atau wang tunai bagi dua peserta juara.

Sementara baucer petrol, Jusco atau wang tunai yang bernilai RM1,000 (dua peserta di tempat kedua), baucer petrol, jusco dan wang tunai bernilai RM500 (dua peserta kedudukan ketiga) serta RM100 menanti 60 pemenang sagu hati.

siap ada menang hadiah lag itu. teman ni memang tak pernah menang hadiah la. tak tau la macammana selalu orang memang peraduan. kalau kena yg ada kene bagi lengkapkan slogan memang fail la. ada sapa-sapa yang ada tips.

teman ingat pernah sekali je dapat voucher barangan adidas Rm150 dari pizza hut sebab kebetulan ada jawab kuiz sms dia. tak sangka pulak kan. selain tu memang tak pernah menang la. harap

ada member pernah menang kereta viva tau dengan peraduan-peraduan ni. siap berhenti keje fokus masuk peraduan ni jer. dia dah pernah menang banyak laa
 

0 comments so far.

comment here