Blog Widget by LinkWithin

Waktu Paling Afdhal Bersahur

just nak share sama..

Melewatkan Sahur Adalah Sunnah
Selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan makan, minum, dan menjima’i isteri. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Dari Amr bin Maimun al-Audi, dia menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu’alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir (lewat) di dalam bersahur.” (Diriwayatkan daripada ‘Abdur-Razzaq di dalam kitab al-Mushannaf-nya (7591) dengan sanad yang disahihkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari (4/199) dan oleh al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawaid (3/154))

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, “Tiga perkara yang merupakan akhlaq kenabian adalah: 1 - Menyegerakan berbuka, 2 – Mengakhirkan (melewatkan) sahur dan 3 - Meletakkan tangan di atas tangan kiri ketika dalam solat (ketika qiyam).” (Hadis Riwayat ath-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir sebagaimana dalam al-Majma’ (2/105). Dia berkata... marfu’ dan mauquf)

Waktu Disunnahkan Untuk Mula Bersahur
Iaitu dimulakan sekitar 50 bacaan ayat al-Qur’an sebelum masuknya waktu subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini adalah berdasarkan suatu hadis yang diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia pernah berkata: “Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat .” Aku tanyakan, “Berapa lama jarak antara azan dan sahur?” Dia menjawab, “Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan 50 ayat al-Qur’an”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, ia menunjukkan bahawa masih dibolehkan makan dan minum (bersahur) walaupun telah masuknya waktu subuh selagi mana azan belum dikumandangkan (belum jelas masuknya subuh). Ini adalah berkira dari maksud yang diambil dari hadis tersebut di mana para sahabat dibolehkan untuk makan dan minum sehingga mendengar azannya Ibnu Ummi maktum. Manakala Ibnu Ummi maktum pula hanya akan ber-azan setelah masuknya waktu Subuh dan apabila diperintahkan (diberitahukan) untuk mengumandangkan azan, barulah dia akan ber’azan kerana dia seorang yang buta.

Batilnya Penetapan “Waktu Imsak” 10 Minit Sebelum Subuh Atau Yang Seumpamanya
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Menetapkan berhenti makan sahur sebelum terbitnya fajar shadiq, maka itu bukanlah suatu yang sunnah. Apa yang jelas dari sunnah adalah melewatkan sahur dan dibolehkan berhenti makan/minum sehingga benar-benar telah masuknya waktu subuh dengan yakin. Ianya selain dijelaskan oleh ayat al-Qur’an di atas, ia juga memiliki hujjah yang jelas dari banyak hadis-hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman yang berada di tangan kita (semasa bersahur) walaupun setelah berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya). (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)
 

1 comment so far.

  1. Intan and The Boys September 12, 2008 at 12:29 PM
    thanks for the info!
    :)

comment here