Blog Widget by LinkWithin

new menteri besar perak, the 11th

sebagai warga kelahiran ipoh teman sedikit sebanyak terpanggil untuk ambil tau pasal apa yang terjadi dekat negeri perak sekarang ni

seperti yang kita tahu berlaku dari minggu lepas ada beberapa insiden membabitkan pentadbiran kat negeri perak ni

dan terkini, semalam telah dimaklumkan dan diumumkan bahawa perak sekarang ada menteri besar yang baru iaitu datuk dr zambry abdul kadir



Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, diumumkan Menteri Besar Perak ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akan mengangkat sumpah esok (Jumaat) manakala barisan Exco pada Selasa.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco dianggap kosong sekiranya enggan meletak jawatan.
 

0 comments so far.

comment here