Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label pilihanraya 2008. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya 2008. Show all posts

akhirnya

selesai sudah kemelut MB Terengganu. seperti yang kita sedia maklum kalau yang ambil tahu mengenai isu MB Terengganu yang berlarutan hampir seminggu. akhirnya UMNO telah buat keputusan untuk menerima Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu bagi penggal ini. apapun, mungkin ada yang menerima email mengenai pelbagai cerita bekas MB yang terdahulu. nak kata percaya atau tidak tu saya pun tak tau la. macam-macam ada.

apa pun, harap MB baru ini dapat memberi khidmat sepertimana yang dikehendaki oleh penduduk Terengganu.

"Pemimpin Jujur dan Telus Harapan Kami"

untuk rakyat Terengganu, apa komen korang pasal MB baru ni. teman pun tak tau sangat profail dia ni.
 

new selangor mb

dah sah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah dihadapan Sultan Selangor hari ni sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

apa pun, harap yang terbaik untuk Selangor.
 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim



jom kita jengah biodata dia.

Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor.
Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.
Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.
Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

AnugerahPada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan.
Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.
Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.
Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor.
 

selesai sudah semuanya

baru masuk keje hari ni.
saje ambik cuti sampai semalam nak rest. asyik keje je pun letih gak.

semua pun dah tahu keputusan pilihanraya 2008 yang lepas ni. amacam? puashati? terkejut?

telah terbukti apa yang rakyat mahu.

kepada perikatan pembangkang yang memenangi pilihanraya yang lepas ni, so, this is the time to work. to show us what have u promise in your manifesto. u have another 4/5 years.

"Harapan Baru"
 

sehari lagi

tinggal sehari je lagi utk mengundi. fuh, terase betui kehangatannya. inilah masanya. untuk membuat perubahan. untuk membuat pembaharuan. tu pun kalau dapat pemimpin baru la, tapi kalau pemimpin yang sama jugak teman rase makin bertambah-tambah la perkara-perkara yang orang panggil 'hidden agenda' tuh. ntah la. dgn macam-macam cerita disebalik tabir yang teman dapat, yang teman baca, yang teman dengor.. ngeri pun ade. apa pun, sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik.

"Harapan Malaysia Baru"

 

demam pilihanraya, bukan AF

seperti yang kite semue sedie maklum, pilihanraya tinggai beberape hari je lagi. udah ke kome semak kat mane ke tempatnye kome nak ngundi besok oi. kalau sebelum ni dekat website spr tu cuma keluar maklumat untuk diri je, tapi nampaknye dah ade maklumat tempat pusat mengundi, no saluran & no siri. nak mudahkan keje depa la besok mase nak mengundi kalau dah tau kan. kalau idak nanti terkial-kial pulak lagi cek nama, cek tempat semuanya tu.

jangan tak tau, undi start seawal pukui 8pagi sampai 5ptg.

jom kite tengok perang poster...(undi rahsie... :-p)

ni calon dekat DUN Lembah Jaya ngan Parlimen Ampang

habih simpang ni, bahaya pun ade

ni simpang nak ke bdr baru ampang

nak dekat-dekat hari mengundi ni perang poster lagig hebat le aku tengok. penuh dah kat jalan-jalan nun, kat simpang habih.. tak sabar pulak nak mengundi. yang bestnye time orang-orang yang dok promo untuk pancing undi la. takat air mineral tu biase, ini sampai bagi duit, baju, payung..fuh! sampai depan pintu tempat mengundi pun sempat pancing lagi. macam-macam hal.

pilihanraya kali ni ada mencatat sejarahnya yang tersendiri bila SPR memperkenalkan penggunaan dakwat indelible ink. apa tu ink nih?

SPR akan menggunakan indelible ink dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan datang. Semua pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat-tempat Mengundi akan dikenakan tanda pada kuku jari, dengan indelible ink sebelum diberi kertas undi. Dengan cara ini, seseorang itu tidak akan dapat menggunakan identiti orang lain untuk mengundi lebih daripada sekali, memandangkan kesan indelible ink akan kekal pada kuku jari pengundi selama sekurang-kurangnya 48 jam.



bagi yang baru 1st mengundi, jangan sia-siakan peluang ni. mungkin ada yang pandang remeh, tapi 1 undi tu pun amat bermakna untuk menentukan kerajaan sesebuah negara. buat sedikit analisis, fact finding utk tentukan mengundi untuk siapa. buatla pilihan bijak. jangan risau, 5 tahun lagi boleh mengundi balik.

"Undilah dengan bijak"