Blog Widget by LinkWithin

hampeh punye lewis hamilton mclaren

siottt je, memalukan sungguh la ko
habih satu dunia ko tipu yek

SEPANG: Pengarah sukan Vodafone McLaren Mercedes dan veteran Dave Ryan telah digantung oleh pasukan yang berpangkalan di Britain itu berikutan perlucutan kelayakan pemandunya Lewis Hamilton oleh badan pengawal motorsport dunia, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) kerana menipu steward berhubung satu insiden di Grand Prix Australia baru-baru ini.

Ini diumumkan secara rasmi oleh ketua pasukan McLaren, Martin Whitmarsh pada sidang akhbar di akhir sesi latihan Grand Prix Petronas Malaysia ke 11 di Sirkit Antarabangsa Sepang hari ini.

"Ryan tidak bercakap benar sepenuhnya dalam jawapan kepada steward ketika itu, jadi kita tidak ada pilihan selain menggantungnya," kata beliau.
 

0 comments so far.

comment here