Blog Widget by LinkWithin

minum petang & kacang

hujan lebat sungguh petang ni
hujan rahmat......

minum teh o ngan ratah kacang ni

jemput....



KEKACANG atau nama saientifiknya Phaseolus genus adalah bahan makanan yang biasa ditemui di Malaysia. Antaranya kacang tanah,kacang hijau, kacang soya dan banyak lagi.Tahukah anda di sebalik rasanya yang sedap, ia menyimpan pet­bagai khasiat yang amat baik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kita. Mari kita selongkar, apakah khasiat-khasiatnya.

Anda yang mementingkan kecantikan dan ingin menge­kalkannya secara semulajadi tanpa penggunaan kosmetik, amalkan kekacang setiap hari. Tidak kira cara penyediannya sama ada direbus, dibakar atau dimasak menjadi bubur. Ini kerana kekacang dapat menge­kalkan keremajaaan kulit anda. Namun, ia juga mesti disertai dengan corak pemakanan yang seimbang dan amalan hidup yang sihat seperti rajin berse­nam dan tidak merokok.

Selain itu, kekacang juga da­pat memberikan tenaga yang maksima dan khasiatnya itu dipercayai diamalkan semenjak dahulu lagi. Golongan pekerja dan atilt sukan yang banyak menggunakan tenaga menga­malkan makan satu hidangan kekacang dalam diet seharian mereka.

Salah satu jenis kekacang iaitu kacang soya hitam juga boleh dibuat jus dan jus ini menjadi penawar kepada mereka yang selalu sembelit dan kanak-kanak yang mengidap hiperaktif. Caranya mudah sahaja, dua sudu besar kacang soya hitam dibersihkan dan direbus dalam satu cawan air selama 10 minit. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal separuh sahaja air dan minum segelas air rebusan ini tiga kali sehari.

Lebih hebat lagi, kekacang dipercayai dapat mencegah penyakit kanser kerana ia men­gandungi sejenis enzim yang dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser iaitu protease inhibitors. Jadi kekacang amat sesuai dimakan bagi sesiapa yang mempunyai sejarah ahli keluarganya mengidap kanser. la mungkin dapat menyela matkan nyawa.

Selain itu, semua jenis kekacang juga dapat merendahkan paras kolestrol dalam darah dan juga paras gula untuk pesakit diabetes. Untuk pengidap darah tinggi pula, kekacang yang kaya dengan sumber potasium selain pisang, dapat mengurangkan risiko pesakit ini untuk mendapat serangan strok dan penyakit buah pinggang.

Bukan itu sahaja, kekacang juga dapat menggantikan daging merah kerana is mempunyai khasiat sama iaitu dapat mem­berikan sumber tenaga dan ke­kuatan untuk melakukan aktiviti seharian. Jadi usah bimbang jika anda rasa dengan tidak me­ngambil daging merah anda akan kehilangan sumber tenaga kerana kekacang mampu meng­gantikannya.
 

2 comments so far.

  1. Lily.Lulu January 9, 2009 at 8:38 PM
    aku suka kacang tuh
    sedappp

    krak kruk
    :D
  2. shah January 11, 2009 at 9:42 AM
    ade gengg... ada geng

comment here