Blog Widget by LinkWithin

buka puasa ramadhan ke 9

ni le makanan aku buka puase semalam. kuar awal sket dalam pukul 4.55, balik terus singgah pasar ramadhan.. best, parking senang, orang pun tak ramai lagi.. baru la senang nak memilih dan tengok apa yang ada.. hasilnya

murtabak ayam & daging, karipap, lagi 2 lupa nama

oh murtabakkk, memang bulan puasa murtabak ni jadi favorite. kalau bulan biasa tu favorite jugak tapi tak kerap la beli, masa bulan puasa ni kerap..

air tak beli pun. mula2 plan nak beli air jagung pastu tah macammana survey2 tak rasa nak membeli air pulak. bancuh air sarsi sendiri je kat rumah. ni gambar sebalang ni.. bukan secawan. habis jugak akhirnyaaa

ada gambar tak sempat nak snap.. nasi ayam hainan. ayam dia je sempat ratah sampai habis, nasi dia tak abis. kureng.

pagi tadi sahur kurma dengan air milo jer.

petang ni tengah fikir-fikir lagi nak makan apa pulak.

kene kuar awal sikit baru selesa nak pegi param nih kalau tak parking susah, dengan berebutnye lagi. letih..

ada ternampak satu blog dia cerita pasal param TTDI... fuh.. tak menahan
hari isnin lepas ada kuar kat tv3 shamsul@pasar ramadhan.. cerita tu hari isnin jer. dia terjah ke pasar-pasar ramadhan. ramai la artis dia terserempak kat situ.

aku dulu tahun sebelum ni pernah pegi pasar ramadhan TTDI ni, memang tak menahan. tengok semua nak beli.

yang bagusnya beli tu beratur.

macam-macam yg famous ada ek kat param TTDI tu. tahun ni memang tak dapat la kott..

weekend ni ada gath buka puasa dengan geng-geng ofis ni kat bbq land kuang. kalau tak ada aral melintang jadi la kot..

dah alang-alang nak keluar topik sket, sapa layan cerita sari maya 119? hehe tv9... 119 tu astro..
 

0 comments so far.

comment here