Blog Widget by LinkWithin

what else to say about

tiada lagi isu yang lebih hangat dari isu yang paling hangat di malaysia sekarang. semua orang dok perkatakannya. semua orang dok mengeluh. pergi ke mana-mana semua dok sebut pasal 'minyak'. tak heran kalau ada yang 'naik minyak' pasal minyak. teman pun sampai tak terkate dah.

petikan...

Adakah rakyat diperdayakan oleh Pak Lah yang selalu menabur janji? Sebelum ini, kerajaan berjanji harga minyak tidak akan naik sehingga hujung 2008. Terbaru media cetak mencatatkan kemungkinan penguatkuasaannya hanya akan berlaku bulan Ogos…

Tetapi pada 4 Jun 2008, dengan tidak semena-mena Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Putrajaya mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 40 % @ RM 0.78 seliter (daripada RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter) berkuat kuasa mulai esok. Bagi harga diesel pula dinaikkan sebanyak RM 1.00 (daripada RM 1.58 kepada RM 2.58 seliter.

Penganalisis politik dan ekonomi menyimpulkan kepimpinan Malaysia tidak stabil sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menanggung keperitan kos sara hidup yang tinggi. Dalam pada yang sama, beliau mengambil risiko terhadap kestabilan politik.

Pastinya jawapan yang lumrah bagi kenaikan harga minyak ialah kerana mengikut pasaran global dan kerajaan terpaksa membayar subsidi. Komen lain pula harga di Malaysia masih murah berbanding negara serantau terutama Thailand dan Singapura.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, pemimpin berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak. Adakah rebat tunai ini membantu rakyat keseluruhannya?

Ramai pengguna yang sedih bila mendengar kenaikan harga minyak yang sangat keterlaluan ini. Kesan kenaikan harga minyak ini pastinya akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang lain.

Mencukupikah rebat tunai yg akan di beri….. memadaikah rebat RM 625.00 setahun….jika secara purata mengisi minyak sebanyak RM 300.00 sebulan @ RM 10.00 sehari. Maka setahun jumlahnya RM 3,600.00. Selepas kenaikan 40 % ini bermakna kos mengisi minyak sebanyak RM 420.00 sebulan @ jatuh RM 14.00 sehari dan setahun sebanyak RM 5,040.00. Beza jumlah setahun adalah RM 1,440.00 sedangkan rebat tunai cuma perolehi sebanyak RM 625.00. Bermakna setahun menanggung kerugian RM 815.00.

Di sebalik keperitan rakyat menanggung derita kos sara hidup yang tinggi, namun terdapat pula beberapa pihak yang tentunya akan mengaut keuntungan terus hasil dari kenaikan harga minyak tersebut!


saya sebagai rakyat biasa, menyeru kepada para pemimpin mengambil pendapat dan cadangan rakyat hingga ke paling bawah sekali.. sila turun padang, tanya sendiri dengan rakyat malaysia.. selami sendiri keperitan kami..

Perit....!

teman tertarik dengan sedikit kenyataan berita malam tadi, 'minyak naik, gaji pun naik ok laaaa'. adakah ini berlaku?
 

3 comments so far.

  1. mummysyafie June 6, 2008 at 3:32 PM
    sampai bila harga minyak kita akan terus naik yer...

    pas ni semua orang naik basikal je
  2. eedany June 6, 2008 at 8:05 PM
    betul tu MS... lebih baik naik basikal, jimat pas tu boleh exercise lagi...

    rakyat pun jadi sihat...

    have a nice weekend bro

    :)
  3. MOLY June 7, 2008 at 8:04 PM
    ye la ..
    jom je kayuh beskal
    :)

comment here