Blog Widget by LinkWithin

jom jimat petrol

cam best je. skang ni kalau cakap bab minyak semua sensitif.
terbaru skang kat berita asyik kuar pasal gaji 2x sebulan, sebaliknya CUEPACS mintak 2 minggu sekali.
bernas jugak cadangan diorang ni.

tapi kalau difikirkan dari segi logik, kalau gaji 10ribu sebulan sedapla bagi gaji 2 kali sebulan, tapi kalau gaji 3 ribu kebawah sakit jugak.

ni dia tips-tips pasal minyak.
Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut :
1. Memandu melebihi 90 km/j
2. Memandu dengan melulu
3. Angin tayar kurang
4. Kenderaan tidak diservis mengikut jadual (tukar minyak hitam, sparg plug dll)
5. Memberatkan kenderaan dengan meletakkan barang tidak diperlukan
6. Kerap membrek kenderaan
7. Menggunakan “roof carrier”
8. Menggunakan penghawa dingin ketika cuaca tidak panas
9. Membuka tingkap luas apabila memandu di lebuhraya
10. Memanaskan enjin kenderaan lebih 1 minit

Oleh itu hendaklah AMALKAN perkara berikut :
1. Had maksima memandu antara 80 – 90 km/j
2. Memandu dengan berhemah
3. Pastikan angin tayar cukup mengikut spesifikasi
4. Servis kenderaan mengikut jadual
5. Simpan di rumah barang yang tidak diperlukan
6. Jarakkan kenderaan di hadapan untuk elakkan kekerapan membrek
7. Tanggalkan “roof carrier” apabila tidak digunakan
8. Tidak menggunakan penghawa dingin jika cuaca tidak panas
9. Buka tingkap sedikit (~ 10%) ketika cuaca tidak panas , gunakan kipas (blower) sahaja. Tingkap yang terbuka luas akan memberatkan rintangan. Lebih jimat menggunakan penghawa dingin apabila memandu di lebuhraya yang tidak sesak daripada memandu dengan tingkap terbuka luas.
10. Panaskan enjin kenderaan kurang dari 1 minit
 

0 comments so far.

comment here