Blog Widget by LinkWithin

Manifesto BA di selangor

sebagai tanda peringatan buat kita bersama.
maklumla BA dah takluk Selangor kan. kena la kita ambik tau.

BA Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir yang berwibawa seperti berikut;

* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
* menghentikan projek-projek membazir dan rugi
* memastikan ketelusan pentadbiran negeri
* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan

BA Selangor menjamin sosiol dan kebajikan rakyat seperti;
* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
* memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
* memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
* memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
* memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
* memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
* membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
* mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
* memberi elaun ibu tunggal yang layak
* memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecilmereka
* membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
* mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
Kesihatan Rakyat
* memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
* memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
* memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
* menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi rakyat
* menyediakan premis perniagaan yang cukup
* memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
* memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanyaperlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
* mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersiolsebanyak 10 peratus
* memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiapbulan
* menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan rakyat
* menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanahruntuh dan banjir
* menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
* mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadapwanita.
 

1 comment so far.

  1. Anonymous March 14, 2008 at 3:34 PM
    Kekadang harapan menggunung dengan janji manis bersiah rasuah dll.. kekadang terpikir juga, diaorang ni manusia ka malaikat .. tambah-tambah bangsa yang tak lari dari sogokkan, duit kopi dll.

comment here