Blog Widget by LinkWithin

demam pilihanraya, bukan AF

seperti yang kite semue sedie maklum, pilihanraya tinggai beberape hari je lagi. udah ke kome semak kat mane ke tempatnye kome nak ngundi besok oi. kalau sebelum ni dekat website spr tu cuma keluar maklumat untuk diri je, tapi nampaknye dah ade maklumat tempat pusat mengundi, no saluran & no siri. nak mudahkan keje depa la besok mase nak mengundi kalau dah tau kan. kalau idak nanti terkial-kial pulak lagi cek nama, cek tempat semuanya tu.

jangan tak tau, undi start seawal pukui 8pagi sampai 5ptg.

jom kite tengok perang poster...(undi rahsie... :-p)

ni calon dekat DUN Lembah Jaya ngan Parlimen Ampang

habih simpang ni, bahaya pun ade

ni simpang nak ke bdr baru ampang

nak dekat-dekat hari mengundi ni perang poster lagig hebat le aku tengok. penuh dah kat jalan-jalan nun, kat simpang habih.. tak sabar pulak nak mengundi. yang bestnye time orang-orang yang dok promo untuk pancing undi la. takat air mineral tu biase, ini sampai bagi duit, baju, payung..fuh! sampai depan pintu tempat mengundi pun sempat pancing lagi. macam-macam hal.

pilihanraya kali ni ada mencatat sejarahnya yang tersendiri bila SPR memperkenalkan penggunaan dakwat indelible ink. apa tu ink nih?

SPR akan menggunakan indelible ink dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan datang. Semua pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat-tempat Mengundi akan dikenakan tanda pada kuku jari, dengan indelible ink sebelum diberi kertas undi. Dengan cara ini, seseorang itu tidak akan dapat menggunakan identiti orang lain untuk mengundi lebih daripada sekali, memandangkan kesan indelible ink akan kekal pada kuku jari pengundi selama sekurang-kurangnya 48 jam.



bagi yang baru 1st mengundi, jangan sia-siakan peluang ni. mungkin ada yang pandang remeh, tapi 1 undi tu pun amat bermakna untuk menentukan kerajaan sesebuah negara. buat sedikit analisis, fact finding utk tentukan mengundi untuk siapa. buatla pilihan bijak. jangan risau, 5 tahun lagi boleh mengundi balik.

"Undilah dengan bijak"
 

3 comments so far.

  1. MOLY March 4, 2008 at 12:10 AM
    ku seperti mengenali simpang2 iteww ...

    undi jangan x undi
    sbb aku x mendaftar
    jadi x dapeklah nak mengundi

    :D
  2. nanonano March 4, 2008 at 4:52 PM
    maap,
    terlambat nk daftar,
    xdapek nk ngundi lg taun ni,
    huhuhu
  3. Intan and The Boys March 5, 2008 at 11:22 AM
    terlupa nak mendaftar..
    tak dapat la nak ngundi tahun ni.

    anyway, bagu jugak.
    abg ipar kawen 8hb tuuu...

comment here